POLISI PRIVASI 隐私政策

POLISI PRIVASI / 隐私政策

Selamat melayari https://berjayabhd.my/ (Laman Web). Kami memahami bahawa privasi atas talian adalah penting kepada semua pengguna Laman Web terutamanya semasa melibatkan perniagaan. Polisi ini menentukan polisi privasi kami terhadap semua pengguna laman web kami (“Pelawat”) samada untuk pelawat yang menjalankan urusan perniagaan atau tidak, atau pelawat yang telah berdaftar untuk menjalankan urusan perniagaan melalui Laman Web kami dan menerima pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad.

MAKLUMAT PERIBADI

Merujuk kepada sebarang maklumat untuk mengenalpasti atau boleh digunakan untuk mengenalpasti, menghubungi atau mendapatkan lokasi orang tersebut dimana maklumat yang mengandungi (tidak terhad kepada) nama, alamat, number telefon, number faks, alamat emel, profil kewangan, number keselamatan social dan maklumat kad kredit. Maklumat Peribadi tidak termasuk maklumat yang dikumpul tanpa nama (iaitu, tanpa identiti pengguna individu) atau maklumat demografi yang tidak berhubung dengan identiti individu.

Apakah Maklumat Peribadi Yang Dikumpul ?

Kami akan mengumpul maklumat asas pengguna daripada semua Pelawat Laman Web. Kami akan mengumpul maklumat tambahan daripada pelanggan yang diberikuasa seperti nama, alamat, number telefon, alamat email, jenis dan saiz perniagaan, jenis dan saiz inventori pengiklanan yang pelanggan ingin membeli atau menjual.

Apakah Organisasi Yang Mengumpul Maklumat Itu ?

Selain pengumpulan maklumat secara terus daripada kami, pihak ketiga perkhidmatan vendor kami ( seperti syarikat kad kredit, clearinghouses, dan bank) yang membekalkan perkhidmatan seperti kredit, insurans dan perkhidmatan escrow kemungkinan akan mengumpul maklumat daripada pelawat dan pelanggan yang diberikuasa laman web kami. Kami tidak akan mengawal cara pihak ketiga menggunakan maklumat peribadi berkenaan, tetapi kami akan meminta mereka menyatakan bagaimana mereka menggunakan maklumat peribadi yang terima daripada pelawat dan pelanggan diberikuasa kami. Sesetengah pihak ketiga hanya bertindak sebagai pengantara dalam rantaian pengedaran dan mereka tidak akan menyimpan, atau menggunakan maklumat yang diberikan kepada mereka.

Bagaimana Laman Web Menggunakan Maklumat Peribadi ?

Kami menggunakan Maklumat Peribadi untuk menyesuaikan Laman Web, untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih sesuai, serta untuk memenuhi permintaaan belian dan jualan melalui laman web. Kami boleh email pelawat atau pelanggan yang diberikuasa berkenaan soal selidik atau tawaran belian dan jualan atas laman Web atau maklumat yang berkaitan dengan perkara di dalam laman web. Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi untuk menghubungi pelawat atau pelanggan yang diberikuasa sebagai maklumbalas kepada pertanyaan khas atau untuk memberikan informasi yang diminta.

Dengan Siapa Maklumat Itu Akan Dikongsi?

Maklumat peribadi berkenaan pelanggan yang diberikuasa kemungkinan akan berkongsi dengan pelanggan yang diberikuasa yang lain yang ingin menilai potensi transaksi dengan pelanggan diberikuasa yang lain. Kami akan berkongsi agregat maklumat berkenaan pelawat kami, termasuk demografi pelawat dan pelanggan yang diberikuasa kami dengan agensi bersekutu dan vendor pihak ketiga kami. Kami juga menawarkan peluang untuk memilih samada mereka bersetuju menerima maklumat atau dihubungi oleh kami atau mana-mana agensi yang mewakili kami.

Bagaimana Maklumat Peribadi Disimpan?

Maklumat peribadi yang dikumpul oleh Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad akan disimpan dengan selamat dan tidak dapat diakses oleh pihak ketiga atau pekerja Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad kecuali untuk kegunaan yang dinyatakan di atas.

Apa Pilihan Lain Untuk Pelawat Berkenaan Pengumpulan, Penggunaan Dan Pengedaran Maklumat?

Pelawat dan pelanggan yang diberikuasa boleh memilih untuk tidak menerima informasi yang tidak diminta daripada atau dihubungi oleh kami atau vendor kami dan agensi bersekutu melalui maklumbalas email seperti yang diarahkan, atau dengan menghubungi kami.

COOKIES

Cookies adalah serangkaian maklumat yang disimpan oleh laman web pada komputer pelawat, dan pelayar pelawat akan menyediakan kepada laman web setiap kali pelawat melayar balik.

Adakah Cookies Digunakan Dalam Laman Web?

Cookies digunakan untuk pelbagai sebab. Kami menggunakan Cookies untuk mendapatkan maklumat berkenaan pilihan pelawat kami dan perkhidmatan yang mereka pilih. Kami juga menggunakan Cookies untuk tujuan keselamatan untuk melindungi pelanggan diberikuasa kami. Seperti contoh : sekiranya pelanggan yang diberikuasa log masuk laman web kami dan laman web tidak digunakan lebih daripada 10 minit, kami akan log keluar secara automatik. Pelawat yang tidak ingin menempatkan cookies dalam komputer mereka perlu menetapkan pelayar mereka menolak cookies sebelum menggunakan https://berjayabhd.my , terdapat sesetengah ciri-ciri tidak berfungsi dengan baik tanpa bantuan daripada cookies.

Cookies Yang Digunakan Oleh Pembekal Perkhidmatan

Pembekal perkhidmatan kami akan menggunakan cookies tersebut dan cookies tersebut kan disimpan dalam komputer semasa pelanggan melawat laman web kami. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jenis cookies yang digunakan melalui halaman maklumat cookies kami.

Bagaimanakah Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad Menggunakan Maklumat Login

Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad menggunakan maklumat log masuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat IP, ISPs, dan jenis pelayar , untuk mengkaji trend, mengurus laman Web, mengesan pergerakan pengguna dan mengumpul maklumat demografi.