E-HAILING / PSV (电召车 / 出租车)
Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) bagi Industri Teksi dan PerkhidmatanE-hailing, dibangunkan untuk menyokong Program Transformasi Industri Teksi yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 26 Ogos 2016.
Secaraumumnya, modul ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu Modul Keusahawanan dan Teknologi, Modul Khidmat Pelanggan Cemerlang dan Modul Undang-Undang, Dasar dan Garis Panduan.
Buku panduan Pelatih ini dituliskan sebagai satu dokumen untuk memudahkan pelatih yang terlibat memahami isi kandungan modul dengan lebih berkesan
Apa Itu Lesen Psv E-Hailing?
psv e-hailing adalah lesen memandu vokasional yang membenarkan pemegang lesen, memandu kenderaan awam seperti teksi.
Syarat untuk ambil Lesen Psv E-Hailing?
• Memiliki Lesen Memandu CDL (D) & (DA)
• Umur Kelayakan 21 Tahun ke-atas
• Warganegara Malaysia
• Sihat Tubuh Badan
Dokumen Yang Diperlukan untuk proses permohonan Lesen Psv E-Hailing?
• Salinan kad pengenalan
• Salinan lesen memandu
• 1 Keping gambar (berlatar belakang putih)
• Borang JPJ L8A (yang telah disahkan doktor)
• Resit rasmi klinik
Proses untuk mendapatkan lesen psv terbahagi kepada 2 bahagian
• Kursus teori 6 jam
• Ujian bertulis 60 soalan dan syaratLulus 48 /60